Emma KZaman: 2016

Pages

Assalamualaikum

7 Jan 2016

Makan-makan : Nando's

Assalamualaikum...

Hari tuhhh, emma dah malas nak masak, sebab dah takder idea nak masak apa..Jadi emma ajak husband makan luar... So husband pun setuju untuk makan luar...Jadi memandangkan dah bosan makan masakan kampung, masakan siam.. Jadi emma dan husband  ambik keputusan  makan di nandos...Lagi pun dah lama takmakan di Nandos ni....


                                                              

Sebenarnya yang beria nak makan nandos ni husband emma.. Ni antara makanan yang emma order... Emma kalau tak makan nasi memang tak boleh sebab dah terbiasa dengan nasi..Emma order C.Butterfly+ 2SD Extra hot... Sebabnya emma suka pedas , so extra hot la yang emma order..Emma sangat suka dengan sos ayam ni. dia ada rasa masam-masam pedas gitu.. Memang lain dari yang lain..Harga tak mahal mana pun cuma RM 20.90.. Berbaloi la kan???


Ini pulak husband emma yang order.. Dia jenis tak berapa tahan dengan pedas so dia order C. Butterfly+2D Hot... Harganya pun Rm 20.90 sahaja. Husband  cakap  yang  dia nak diet, konon la nak diet sebab katanya perutnya dah semakin boroi gara-gara emma suruh dia makan, makan dan makan.. So dia cuma order 2 side iaitu Coleslaw dan Grill Vegetable..kononnye lah nak diet.. Tapi dia pi order sampai 2 menu.. Diet ke? cakap jelah..  Nak tau dia order apa??


Soup+bread 
Inilah yang dia order.. Hangat-hangat taik ayam jer nak diet.. 


See.. Tengan makan soup+bread. Soup+ bread ni harganya RM 7.90..
Bila makan dah tak sedor kita snap gambar dia.Jadi takpayah nak diet lah abang yer.. kalau awk boroi sekali pun saya taklari.. janji bila saya masak tolong lah makan bebanyak sikit yer.. Penat dok dapur.. masak untuk awak, tapi makannya sikit...
sob...sob...


..
Ini pulak air yang husband order, nama air ni Madeira Red.. 
Harganya RM8.90 Sahaja

Ini pulak air yang emma order, nama air ni Spark Apple..
Sedap tau.. Sama harga dengan Madeira Red, RM8.90..

So total untuk semua sekali  RM 78.70 termasuk service chrg dan gst .. Kalau tak RM 67.50 sahaja.. Jadi bagi yang belum pernah cuba nando's boleh la cuba...Ok, bye...


                                   

4 Jan 2016

Risiko Besar Simpan Wang kertas

Assalamualaikum...

Risiko Besar simpan wang kertas??? oh tidak!!!


    Duit kertas yang kita pakai hari ini asalnya adalah VOUCHER mewakili emas. Tapi semenjak perjanjian Bretton Wood ditamatkan pada 1971 oleh Presiden US Richard Nixon, duit kertas tak ada kaitan lagi dengan emas...

   Amerika dengan secara rasminya putuskan hubungan antara emas dan duit kertas US Dollar. Jadi kalau berlaku apa-apa yang menjejaskan kestabilan ekonomi negara atau dunia, penyimpanan duit kertas akan lingkup dulu...


 Meyh kita kaji balik apa berlaku masa krisis kewangan Asia tahun 1997.. hah masa ni Emma baru darjah  3.. So memang tak tau pape lah pasal krisis kewangan nihh.. hehe.. ok takde kena mengena dengan tajuk entry.. kita sambung balik, ok pada tahun 1997 ni, Ringgit Malaysia jatuh 50% hanya dalam tempoh beberapa bulan.. Daripada RM 2.50 untuk USD 1 kepada RM4.70!

  Yes, memang betul duit yang kita simpan dalam bank nombornya kekal, tapi kuasa belinya dah hilang separuh... Orang luar boleh beli kekayaan negara kita dengan separuh harga jer masa tu...Exchange rate RM US sebelum gawat 1997 Ringgit Malaysia sekitar RM 2.50 USD 1 sebelum krisis kewangan... Exchange rate RM US selepas gawat 1997 Ringgit Malaysia pernah tersungkur hingga RM4.70 untuk USD 1 ketika gawat 1997...
Nombor tetap kekal walaupun kuasa beli telah hilang separuh darinya..

    Hah, tapi pada sesiapa yang simpan emas pada masa ini amat untung sangat sebabnya kekayaan mereka tidak terjejas pun kalau berlaku ketidakstabilan yang begitu... Sebabnya Ringgit jatuh, Harga emas naik.. Kalau US Dollar jatuh sekali pun, emas tetap naik...

 Selepas tahun 1997 barulah Tun Dr Mahathir sedar sistem duit kertas sangat tidak adil dan manyarankan  DINAR EMAS sebagai alat tukaran dagangan antarabangsa... Pada tahun 2000, bank negara telah keluarkan syiling emas pertama negara yang dinamakan "Kijang Emas"
Syiling Emas yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia


Jadi nak simpan  Duit kertas ??? Atau nak tukar kepada simpanan emas??? Terpulanglah pada uolss.. Buat pilihan yang bijak tau demi menjamin masa depan kita, anak-anak, cucu-cucu,cicit-cicit pada era yang semakin mencabar ini...

                                                            bye....

You Follow I, I Follow You





Assalamualaikum...


" You Follow I , I Follow You"  | Jom join segmen dari blogger YayaCendana. Jadi emma nak join segmen dari YayaCendana. Uolls pun boleh join segmen ni tau..
Mudah je nak join segmen dari YayaCendana. Boleh follow setiap syarat dibawah 


1. Follow YayaCendana
2. Buat entry " You Follow I , I Follow You" 
3. Tinggalkan url entry di ruangan komen
2. Mention follower yaya yang ke berapa dengan meletakkan #
3. Yaya follow back

Selamat bersegmen!!
bye...

Hargailah Ibu bapa Selagi mereka masih ada

Assalamualaikum...

   Anda semua masih mempunyai ibu dan bapa??? Kepada yang masih ada, sepatutnya kita perlu bersyukur kerana kita masih diberi peluang Oleh Allah SWT untuk membalas segala jasa mereka yang menjaga,mendidik dan membesarkan kita dengan penuh rasa kasih,sayang dan cinta...

    Mengapa kita tidak menghargai mereka sedangkan mereka amat menghargai kita sejak dari kita lahir dimuka bumi Allah ini??? Bertapa sukarnya mereka membesarkan kita, bertungkus lumus bekerja siang dan malam mencari duit untuk perbelanjaan kita.. Mereka sanggup berlapar demi kita janji kita kita tidak lapar.. Jadi apalah salahnya jika kita pada hari ini telah berjaya sedikit sebanyak sebahagian kejayaan itu kita kongsikan dengan mereka...kerana kejayaan kita bermulanya dari mereka juga..tanpa mereka siapalah kita... Bagi yang bekerja, apalah salahnya kita mengirimkan sedikit wang untuk mereka selain bertanyakan khabar.. Dengan ini hidup kita lebih barakkah dan bahagia kerana telah membahagiakan dan mengahrgai ibu dan bapa  kita.

Seperti emma sendiri, emma masih mempunyai ibu dan bapa.. Sebagai anak, emma sebolehnya ingin membahagiakan ibu dan ayah emma.. Sebab mereka telah puas susah menjaga emma.. Sebolehnya emma ingin menunaikan segala hajat mereka.. Hajat mereka cuma ingin pergi ke Makkah buat kali kedua untuk menunaikan umrah...Sebagai anak, terasa sedih sebabnya tak dapat tunaikan hajat mereka lagi buat  masa ini, sedangkan segala apa yang kita mahukan sebelum ini mereka cuba penuhi...

Jadi pada tahun 2016, emma nak capaikan hajat mereka untuk pergi umrah...Itulah penghargaan yang emma akan buat untuk ibu dan ayah emma pada tahun 2016 ini..Insyaallah.... Marilah sama-sama kita mendoakan ibu dan ayah kita dengan doa ini
Allahhummaghfirlana dzunubana waliwalidayya, warhamhumma kama robbayana soghiro

Maksudnya:

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil..

Semoga dengan mendoakan mereka, hidup mereka akan bertambah bahagia dan juga rezeki kita sentiasa dimurahkan dan dipermudahkan oleh Allah SWT...Bagi mereka yang telah kehilangan ibu bapa, sentiasalah sedekahkan al-fatihah... Itu juga merupakan satu penghargaan untuk  ibu dan bapa  yang telah tiada... Tanpa mereka siapalah kita wahai anak-anak.. I love my mum.. I love my dad...






Emma KZaman Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign