Emma KZaman: Hargailah Ibu bapa Selagi mereka masih ada

Pages

Assalamualaikum

4 Jan 2016

Hargailah Ibu bapa Selagi mereka masih ada

Assalamualaikum...

   Anda semua masih mempunyai ibu dan bapa??? Kepada yang masih ada, sepatutnya kita perlu bersyukur kerana kita masih diberi peluang Oleh Allah SWT untuk membalas segala jasa mereka yang menjaga,mendidik dan membesarkan kita dengan penuh rasa kasih,sayang dan cinta...

    Mengapa kita tidak menghargai mereka sedangkan mereka amat menghargai kita sejak dari kita lahir dimuka bumi Allah ini??? Bertapa sukarnya mereka membesarkan kita, bertungkus lumus bekerja siang dan malam mencari duit untuk perbelanjaan kita.. Mereka sanggup berlapar demi kita janji kita kita tidak lapar.. Jadi apalah salahnya jika kita pada hari ini telah berjaya sedikit sebanyak sebahagian kejayaan itu kita kongsikan dengan mereka...kerana kejayaan kita bermulanya dari mereka juga..tanpa mereka siapalah kita... Bagi yang bekerja, apalah salahnya kita mengirimkan sedikit wang untuk mereka selain bertanyakan khabar.. Dengan ini hidup kita lebih barakkah dan bahagia kerana telah membahagiakan dan mengahrgai ibu dan bapa  kita.

Seperti emma sendiri, emma masih mempunyai ibu dan bapa.. Sebagai anak, emma sebolehnya ingin membahagiakan ibu dan ayah emma.. Sebab mereka telah puas susah menjaga emma.. Sebolehnya emma ingin menunaikan segala hajat mereka.. Hajat mereka cuma ingin pergi ke Makkah buat kali kedua untuk menunaikan umrah...Sebagai anak, terasa sedih sebabnya tak dapat tunaikan hajat mereka lagi buat  masa ini, sedangkan segala apa yang kita mahukan sebelum ini mereka cuba penuhi...

Jadi pada tahun 2016, emma nak capaikan hajat mereka untuk pergi umrah...Itulah penghargaan yang emma akan buat untuk ibu dan ayah emma pada tahun 2016 ini..Insyaallah.... Marilah sama-sama kita mendoakan ibu dan ayah kita dengan doa ini
Allahhummaghfirlana dzunubana waliwalidayya, warhamhumma kama robbayana soghiro

Maksudnya:

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil..

Semoga dengan mendoakan mereka, hidup mereka akan bertambah bahagia dan juga rezeki kita sentiasa dimurahkan dan dipermudahkan oleh Allah SWT...Bagi mereka yang telah kehilangan ibu bapa, sentiasalah sedekahkan al-fatihah... Itu juga merupakan satu penghargaan untuk  ibu dan bapa  yang telah tiada... Tanpa mereka siapalah kita wahai anak-anak.. I love my mum.. I love my dad...






No comments:

Post a Comment

Emma KZaman Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign