Emma KZaman: Suka-Suki : Cameron Highlands

Pages

Assalamualaikum

14 Dec 2015

Suka-Suki : Cameron Highlands

Assalamualaikum..



  kalau sebut je pasal cameron higlands pasti korang akan teruja jgk kan.. yerlah mana taknye tempatnya yang sejuk lagi mendamaikan.. Emma pulak dah lama tak pergi jalan-jalan... Sebabnye berpantang selama 44 hari lepas tu  habis pantang husband busy memanjang jadi takder peluang untuk kemana-mana.. Tepu jgk otak ni dibuatnya..

 So setelah sekian lama tak kemana-mana, Kakak ipar emma (kakak suami) ajak kitaorang ke cameron higlands berkumpul adik beradik dorang.. So disebabkan family yang ajak, husband emma yang busy memanjang ni terpaksa meluangkan masa jgk demi family dia..

bila suami setuju nak pi cameron.. " Yes akhirnya.. tq nyah sayang sbb ajak kitaorang.. Kalau tunggu dia dok busy kerja jer.." -(cakap dalam hati jer) hahaha.. :-p

Emma faham dgn karier suami sebagai seorang peguam memanglah sentiasa busy dan kebetulan waktu itu ada 2,3 kes besar yang dia perlu selesaikan..so emma diamkan ajer.. dia cari duit pun untuk kami jgkkan.. ye dak???



Tanah Rata, Cameron Highlands


Masa pi tu hujung minggu, kebetulan pulak waktu cuti sekolah.. Masa pegi sana ,kitaorang sangkut jammed hampir 2jam tau.. jadi beringatla kalau nak pi sana elakkan waktu cuti umum dan cuti persekolahan ye..

Di Tanah Rata, nampak tak emma senyum sampai ke telinga tu.. happy baq hang..:p


Masa ni kami lunch di tanah rata, lapaq baq hang. ni la family suami emma.. hah, nampaknya semua khusyuk tengah makan..nampak tak biras emma makan mee kari dengan pelahapnya..haha..Yang tetap sweet ttp anak buah emma aqilah,izuddin dan nana..Senyum jerk.. 
Masa ni emma frust giler  sebab hujan lebat, dah le lebat lama pulak tu.. baru nak pi jalan-jalan nak hilangkan tepu diotak ni.. uhukkk...
ibu mertuaku.. Hai mak, frust jgk ke? :p
My Husband dengan anak buahnya afrina..Comelkan afrina...
Ini hamka, anak kesayangan emma.nyenyak dia tido..mana taknye hujan lebat tempat sejuk. so dia akan tido dengan lenanye... Hamka kalah dgn tempat sejuk.. bila tempat sejuk jer mulalah mengantuk jer..



Kami terperangkap dalam hujan hampir 3jam lebih.. Selepas hujan berenti kami terus ke homestay lily untuk berehat hilangkan kepenatan..Dalam jam 5 petang tu, emma dengan husband bawak hamka dan anak buah emma,zetty ke kebun strawberry belakang homestay lily nihh.. nak kemana pun dah takder mood, hari semakin lewat n husband nak balik hari sebabnye dia perlu siapkan kerja yang sgt urgent..
Orang yang terpenting dalam hidup husband & Hamka

Ayah ni Pokok apa?? 
Ooo..pokok strawbbery macam ni rupanya...
I love sayang..Mama sayang awak ketat-ketat ye.. Feeling-feeling kejap.

then jalan-jalan disekitar area homestay tu jer.. sebabnye dah semakin lewat.. 


Wajib cuba tau kalau uolls datang ke cameron ni.. sedap sangat.. Tak mahal cuma RM 2.50 jer..

Ala anak mama tengok apa tu sayang, penat mama senyum sensorang, nasib baik abang kat belakang tu sudi nak senyum sama..hehe..:p
Sejuk-sejuk pun still nak makan ice cream..

ala jalan sini jer ke diorang nihhh.. sedeynye... (frust)
Maafkan moksu ye sayang, nanti kita datang lagi yer.. 



nampak tak memasing muka frust.. ..
Oklah kami balik dulu..bai-bai cameron..

Banyak jugak gambar yang emma ambik tapi kebanyakkan di tempat yang sama, kalau nak upload semua jenuh kebas jari i'olls mengedit..

Ok pada sesiapa yang nak ke cameron tu perlu rancang betul-betul yer.. lihat pada ramalan cuaca, pergi waktu hujung minggu, bukan pergi waktu hujung minggu waktu cuti sekolah.. so uolls akan jadi macam emma lah jawabnye.. Takdapat pergi mana-mana sebabnye tak merancang dengan baik..Perancangan sangat penting untuk kebaikan bersama..




Terima kasih kerana sudi baca...:-)









5 comments:

  1. Suka pergi Cameron.. Yang tak sukanya journey nak naik atas tu.. Adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..betul tu mr.doctor..sgt seksa rasanye...btw salam perkenalan mr.doctor..terima kasih sudi baca blog saya..:-)

      Delete
  2. sejuk kat sana..tu yg best. hehe. nanti nak datang sana lagi

    ReplyDelete
  3. seronoknya pergi ramai-ramai ... dah beberapa tahun tak gi CH ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt seronok... tapi hujan la plk masa pi tuhh... :'(

      Delete

Emma KZaman Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign